Apa PH buat isu kenaikan harga barang?

ph
- Advertisement -

SEKARANG PH tengah mainkan isu harga barang untuk memburukkan Kerajaan PN. Kata Ahli Majlis Setiausaha PH (Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan Ong Kian Ming) harga barang mentah dan basah menunjukkan ada peningkatan di banyak tempat. Ini membebankan rakyat kata mereka.

Saya setuju, Kerajaan PN perlu pantau dan ambil apa-apa tindakan yang perlu jika ada peningkatan harga barang basah atau mentah.

Tapi dalam masa yang sama saya fikir elok juga kalau kita imbas balik apa pula tindakan yang diambil oleh Kerajaan PH ketika rakyat tertekan dengan harga barang yang melonjak gila-gila masa mereka jadi Kerajaan Persekutuan selama 22 bulan dulu.

- Advertisement -

Mari kita semak balik.

(1) Kenaikan harga telur
Saifuddin Nasution – “Kementerian akan siasat.”
Salahuddin Ayub – “Ianya adalah perkara biasa disebabkan kenaikan bahan makanan ayam.”

(2) Kenaikan harga bawang 3 kali ganda
Saifuddin Nasution – “KPNHEP akan pantau kenaikan ini. Rakyat perlu tukar kepada bawang Holland.”

(3) Kenaikan harga ikan kembung
Salahuddin Ayub – “Saya pelik mengapa harga ikan kembung naik sedangkan ada 7 bilion ikan kembung dalam laut.”

(4) Kenaikan harga barangan kawalan
Saifuddin Nasution – “KPNHEP tidak menerima sebarang aduan kenaikan harga barang kawalan. Kita akan siasat.”

(5) Kenaikan harga barang mentah dan basah menjelang Aidilfitri 2019
Saifuddin Nasution – “KPNHEP puas hati dengan trend semasa harga barang keperluan. Tiada kenaikan mendadak (kenaikan sedikit demi sedikit itu perkara biasa).”

(6) Kenaikan harga barang keperluan pada penghujung 2018 dan sepanjang 2019
Lim Guan Eng – “Kenaikan harga barang disebakan banyak faktor seperti penyusutan nilai Ringgit, musim perayaan, kegiatan penyeludupan, kemarau di negara pengeluar selain sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan berlebihan. Ianya tidak dapat dielakkan.”

Yang saya listkan di atas hanya sebahagian kecil daripada kenyataan Menteri-menteri PH. Ada banyak lagi.

Kesimpulannya, PH tak buat apa-apa pun berkaitan kenaikan harga barang keperluan yang meresahkan rakyat semasa mereka jadi Kerajaan. Tapi sekarang tiba-tiba pula mereka jadi prihatin dan mahu jadi hero rakyat.

SAIFUL NASIR – HARAKAHDAILY 22/5/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -