SRI Ibnu Nafis tawar saham wakaf bangunan

KULAI: Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Nafis yang ditubuhkan pada 2002 bermula dengan enam pelajar, kini meningkat kepada 300 orang dengan 31 tenaga pengajar.

Pengurus Dana Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis (KPIIN) Fauzi Che Ahmad berkata, sekolah itu sekarang beroperasi di bangunan rumah kedai di 317A Jalan Kenanga 29/9 Indahpura, Kulai.

Advertisement

Katanya Maahad Tahfiz Ibnu Nafis pula mempunyai 24 pelajar dan lima guru.

“Maahad tersebut beroperasi di rumah kedai di 4950 Jalam Merbau 1, Bandar Putra Kulai. Sekolah kami berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Johor,” katanya di sini.

Menurutnya juga memandangkan peningkatan bilangan pelajar pihak pengurusan berusaha membangunkan Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis di Kampung Separa, Kulai.

Kata beliau pihaknya sedang mengumpulkan dana bagi membangunkan kompleks pendidikan tersebut, di mana pembangunan fasa 1 melibatkan pembersihan tapak dan kerja tanah bermula tahun lepas.

“Sekarang kami merancang untuk melaksanakan pembangunan fasa 2 berkaitan dengan kerja-kerja penanaman cerucuk besi.

“Sempena akhir Ramadan yang penuh barakah, kami ingin memohon jasa baik muslimin dan muslimat memberi sumbangan bagi membangunkan Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis,” ujarnya.

Sekolah terbabit turut menawarkan saham wakaf tanah sebanyak RM20 bagi 1 kaki persegi dan saham wakaf bangunan RM200 (1 kaki persegi).

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun 8601486179 (CIMB) atau
551100301405 (Maybank) atas nama Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis.

Maklumat lanjut boleh hubungi Fauzi di talian 011-1174 5955 atau 013-932 7923 atau pejabat (07-662 3509).

Boleh juga e-mel – kpiin@gmail.com. Dan Portal KPIIN http://kpiin.my/
Portal SRIIN: https://www.ibnunafis.edu.my/
Facebook SRIIN: https://www.facebook.com/sekolahrendahislamibnunafis/