JKKN pertingkat pemantauan di kawasan berisiko

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat JKKN Khas di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr Zaini Hussin dan Ketua Polis Kelantan, Dato' Hasanuddin Hassan,
- Advertisement -

KOTA BHARU: Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) akan mempertingkatkan lagi pemantauan kawasan berisiko termasuk pintu masuk sempadan negeri dan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, antara langkahnya melakukan ujian swab untuk mengesan wabak Covid-19.

- Advertisement -

Katanya, pemakaian ‘mask’ turut diwajibkan khususnya di kawasan premis tertutup seperti pasaraya, pasar basah dan sebagainya untuk elak jangkitan.

“Mengenai wanita hamil yang positif Covid-19 di Kuala Krai baru-baru ini, pihak Bomba dan Penyelamat akan membuat sanitasi atau pembersihan di Pasar Guchil.

“Semua pintu masuk ke negeri ini juga akan dilakukan ‘Swab Test’ di Rantau Panjang, Gua Musang, Pasir Puteh dan Pengkalan Chepa dengan bantuan polis,” katanya selepas mesyuarat JKKN Khas di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Hussin dan Ketua Polis Kelantan, Dato’ Hasanuddin Hassan.

Bagaimanapun Dr Izani bersyukur kerana 20 kontak dengan wanita hamil yang positif Covid-19 termasuk keluarga dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun didapati negatif.

Namun pihaknya masih menunggu keputusan 10 lagi individu yang mempunyai hubungan dengan wanita terbabit, akan dikenakan ujian saringan selepas 14 hari.- HARAKAHDAILY 21/5/2020

- Advertisement -