Guru tinggal di rumah separa siap

- Advertisement -

PENAGA: Betapa besar pengorbanan seorang guru, umpama lilin membakar diri begitulah hidup Cikgu Mariyah yang pengajar di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) PASTI Bakaq Kapor, Penaga yang telah berkhidmat hampir 15 tahun tanpa rasa letih. 

- Advertisement -

Dikurniakan lapan orang anak tetapi melalui jalan kehidupan yang sukar dengan khonaah.

Tinggal di rumah yang separa siap dengan terdedah kepada pelbagai bahaya.

Rumah ini menjadi tempat berlindung

Muslim Care Malaysia pada petang semalam telah menziarahi rumah Cikgu Mariyah dan melihat sendiri keadaan yang cukup menyedihkan itu.

Ayuh di hujung Ramadan ini kita meraih sebesar-besar ganjaran dengan membantu menyiapkan rumah Cikgu Mariyah yang memerlukan kos sebanyak RM15,000.

Sebarang sumbangan bagi membantu Cikgu Mariyah bolehlah dimasukkan ke akaun Muslim Care Malaysia Society –564490413882 Maybank Info lanjut :016-9978323 Johari – HARAKAHDAILY 21/5/2020

- Advertisement -