COVID-19: 90 sembuh, 50 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 90 kes sudah sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,796 atau 82.11 peratus daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 50 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,059 keseluruhan kes.

“Daripada 50 kes tersebut, tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, 47 kes penularan tempatan dan 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“Di mana 34 kes telah dikesan di depoh tahanan imigresen di Bukit Jalil. Mereka telah berada dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

“Sebanyak 13 kes adalah penularan dalam komuniti dan enam kes adalah warganegara,” katanya pada sidang media hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,149 kes.

Hingga kini, ada 10 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 114 atau 1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan. – HARAKAHDAILY 21/5/2020

- Advertisement -