Cerpen Dakwah: LDPP terima 400 penyertaan

- Advertisement -

SEREMBAN: Satu kejutan besar buat Lajnah Dakwah PAS Pusat apabila Pertandingan Penulisan Cerpen Dakwah dan Filem Dakwah Pendek yang dilanjurkan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat penyertaan hingga 400 buah cerpen.

- Advertisement -

Pertandingan ini satu inisiatif dakwah dan motivasi rakyat dalam berhadapan situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu.

Pertandingan seumpama ini adalah antara lain bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan kejayaan dalam membendung dan memutuskan rantai COVID-19 apabila diperkenalkan PKP dan PKPB sehingga pada hari ini.

Dengan itu, Lajnah Dakwah PAS Pusat telah membuka pintu kepada rakyat Malaysia dan umat Islam untuk sama-sama mengisi kelapangan masa dengan perkara berfaedah sekaligus mengalakkan aktiviti yang mulia disamping mengasah bakat yang dimiliki.

Pertandingan Penulisan Cerpen Dakwah dan Filem Dakwah Pendek adalah dua acara yang dipertandingkan sepanjang tempoh PKP yang berakhir pada 30 April bagi penulisan cerpen dan 10 Mei bagi filem dakwah.

Untuk pengetahuan semua, pihak  penganjur telah menerima penyertaan amat memberangsangkan.

LDPP berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta mungkin kerana dorongan bakat terpendam, ruang program seumpama ini yang jarang berlaku dan lebih-lebih lagi tawaran hadian yang juga lumayan.

Sebanyak lebih 400 cerpen dan 40 buah filem diterima oleh penganjur daripada pelbagai latar belakang peserta.

Usai tarikh tutup,  pihak Jawatankuasa Teknikal Pertandingan meneliti terlebih dahulu setiap penyertaan agar memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

Kemudian diadili dan dinilai oleh para juri yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang berkaitan.

Berikut para juri bagi Penulisan Cerpen Dakwah

1. Dr Ridhuan Md Nor Penulis dan AJK PAS Pusat, selaku Ketua Juri
2. Faris Zulkharnane (pemenang anugerah buku negara)
3. Dr Uzaimah Ibrahim (Pensyarah UIAM)
4. Dr Hanisah (penulis buku the best seller)
5. Tuan Azim (Penulis khas Harian Metro)
6. Nazmi Yaakub (pengarang Kreatif)
6. Puan Sarimah (penulis novel dan pengarang buku PASTI)
Para juri bagi Filem Dakwah Pendek ialah,
Juri Filem Dakwah Pendek
1. Adam HamidPenerbit, Pengarah dan Pelakon antaranya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. 
2. Ramzul Ikbar  Saiful Aula@Along( Bekas Penerbit Rancangan TV di Bahagian Media JAKIM/RTM selama 18 tahun) 
3. Suhairil Izham Suroya(Penerbit, pengarah, technical producer,penulis skrip, editor untuk beberapa rancangan TV astro,rtm dan media prima seperti Maharajalawak Mega Kelayakan dan pengalaman para juri bagi pertandingan ini satu gambaran akan khidmat penilaian tertinggi telah dilaksanakan bagi mencapai keputusan yang terbaik.

Penulisan cerpen dan Filem Pendek yang dihantar oleh para peserta secara keseluruhannya memilki kemampuan dan bakat yang tinggi. 
Kualiti persembahan, penghasilan, penulisan dan mesej agak baik. 
Walaupun peserta memiliki kekangan masa, tempat, peralatan, mereka juga mampu menghasilkan produk yang mampu diketengahkan dalam arena yang lebih mencabar. 
Namun dalam hal berkaitan pihak Jawatankuasa teknikal dan para juri juga perlu menilai syarat-syarat teknikal yang wajib dipenuhi oleh peserta.
Maka disini LDPP mengumumkan hadiah-hadiah Pertandingan.

Hadiah bagi Pertandingan Penulisan Cerpen ialah : 

Tempat pertama : wang tunai RM 1,000 dan 3 buah buku bernilai RM115.00
Tempat kedua : wang tunai RM 750.00 dan 3 buah buku bernilai RM 115.00
Tempat ketiga : wang tunai RM 450.00 dan 3 buah buku bernilai RM 115.00.
Pemenang saguhati seramai 10 orang menerima wang tunai berjumlah RM 80.00 setiap orang.

Bagi pemenang Pertandingan Filem Dakwah Pendek pula ;
Tempat pertama : wang tunai RM 5000.00 dan 3 buah buku bernilai RM 115.00
Tempat kedua : wang tunai RM 3500.00 dan 3 buah buku bernilai RM 115.00
Tempat ketiga : wang tunai RM 2000.00 dan 3 buah buku bernilai RM 115.00
Dan pemenang saguhati seramai 10 menerima wang tunai RM 350.00 setiap orang. 


Berikut adalah pemenang Pertandingan Penulisan Cerpen dan Filem Dakwah Pendek : 

Pemenang Pertandingan Penulisan Cerpen Dakwah

Tempat pertama1. INDAH FATAMORGANA – MUHAMMAD ABDUL HADI BIN MOHD RADZI (205)
Tempat kedua2. TERIMA KASIH ALLAH – MUHAMMAD MUJAHID BIN ABDUL RANI (261)
Tempat ketiga3.  BASHIROH – MUHAMMAD HAZIQ IKMAL BIN AHMAD LUTTFI (10)

Pemenang Saguhati

4. PELUANG KEDUA – NUR HAZIRAH BINTI ABU BAKAR (40)
5. ASMA RABIYA – NUR NADIA HANIS BT HUSNI (85)
6. AKU SEBUAH TELEFON PINTAR DAKWAH – FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN (116)
7. KERANA AKU CERAIKAN DAKWAH – NUR IZZATI BINTI AB KADER
8. MULHID MENCARI CINTA – MOHD FAIZ HADI BIN MOHD SANADI (205)
9. HIKMAH YANG TERSINGKAP – NABILA HUDA BINTI ZAKARIA (188)
10. SEHARUM KASIH BONDA – WAN MUHAMMAD HANIF BIN WAN ABD HAMID (255)
11. RINDU UNTUJ KEMBALI – SITI AZIMAH BINTI RUPILEN (54)
12. CENGKERANG PUTIH – IQMAL ISKANDAR BIN BORHANUDIN (15)
13. HATI TERPILIH YANG DIJENTIK TUHAN – NUR FARAIZZATI BINTI ZULKIFLI (153)
14. MUAFIK MENCARI MUAFIK – NAZRI BIN ALIAS (82)

Bagi pertandingan Filem Dakwah Pendek, pihak LDPP memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan keputusan disebabkan masalah teknikal berpunca daripada salah seorang juri mengalami situasi musibah masalah keluarga di IJN, sistem pemarkahan belum dapat dilengkapkan. 

“Insya Allah kami akan mengumumkannya dalam masa terdekat apabila selesai nanti,” kata Pengarah Jabatan Dakwah PAS Pusat, Ustaz Muhammad Najhan Syahir Abdul Halim. – HARAKAHDAILY 21/5/2020

- Advertisement -