Baca Yasin mula tugas di pejabat Exco

- Advertisement -

ALOR SETAR: Anggota Exco kerajaan negeri yang baharu Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali memulakan tugas hari pertama dengan membaca surah Yaasin dan Akifi.

Beliau yang juga Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Pembasmi Kemiskinan, Pendidikan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat berharap melalui usaha itu Allah Taala permudahkan semua urusan kerajaan.

- Advertisement -

Kebanyakan anggota Exco kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai PAS memulakan tugas hari ini selepas mengangkat sumpah menerima jawatan semalam.

Seramai 10 Exco Kedah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman pagi semalam.

Exco berkenaan, empat mewakili PAS iaitu Dato’ Dr Mohd Hayati Othman, Siti Ashah, Wan Romani Wan Salim dan Dato’ Najmi Ahmad.

Tiga mewakili Bersatu iaitu Dato’ Ku Abd Rahman Ku Ismail, Halimaton Shaadiah Saad dan Mohd Firdaus Ahmad.

Dua bekas PKR Azman Nasrudin dan Dr Robert Ling Kui Ee. Manakala Dato’ Suraya Yaacob mewakili Umno. Pejabat Exco terletak di Aras 5, Blok E, Wisma Darul Aman.

Turut memasuki pejabat hari ini Ustaz Najmi, Dr Mohd Hayati dan Wan Romani.

Majlis ringkas bacaan Yaasin di pejabat Siti Ashah turut dihadiri jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri.- HARAKAHDAILY 21/5/2020

- Advertisement -