Amal normal baharu di Aidilfitri – Dr Najihatussallehah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digalakkan mengamalkan normal kehidupan baharu sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut Pengamal Perubatan Berdaftar, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, terdapat beberapa cadangan normal baharu yang perlu diambil perhatian untuk rakyat Malaysia yang akan menyambut Aidilfitri.

- Advertisement -

“Antaranya, beraya di dalam daerah atau negeri sahaja dan elakkan untuk merentas negeri. Seterusnya, hadkan jumlah ahli keluarga yang bakal berkunjung dan berikan keutamaan kepada keluarga yang terdekat.

“Seterusnya, mengamalkan penjarakan sosial ketika bertemu atau berbicara. Di samping itu, gunakan pelindung mulut dan hidung ketika kunjungan.

“Elakkan bersalaman, berpeluk atau apa sahaja sentuhan dengan tetamu. Kerap membasuh tangan. Manakala, jika hendak menghulurkan duit raya di antara ahli keluarga, digalakkan membuat transaksi atas talian sahaja,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengawal pengambilan makanan dan minuman sepanjang perayaan. Seterusnya, menyegerakan puasa sunat Syawal.

Secara tuntasnya, beliau berkata masyarakat perlu mengambil tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan normal kehidupan yang baharu supaya dapat memutuskan rantaian penularan Covid-19 ini.- HARAKAHDAILY 21/5/2020

- Advertisement -