DBKL sita premis warga asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan lagi tindakan khas ke atas premis yang dikendalikan warga asing tanpa kebenaran di dua buah lokasi sekitar Flat PKNS Jalan Tun Razak dan Jalan Khoo Teik Ee, Bukit Bintang kelmarin.

- Advertisement -

Tindakan penguatkuasaan termasuk 6 notis penutupan premis serta merta dan sita pelbagai barangan serta peralatan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kebenaran sah dari DBKL.

DBKL dalam posting di Facebook rasminya berkata, tindakan itu telah dilaksanakan susulan aduan yang diterima melalui rangkaian media sosial dan maklumat awam.

Tindakan melibatkan dua buah kedai runcit, dua buah restoran dan dua premis aksesori telefon. 

Pegawai Penguatkuasa DBKL yang menjalankan tugas ketika sitaan kelmarin

Kesemua premis ini dikendalikan oleh warga asing dengan menyalahgunakan permit pekerjaan bukan sektor yang dibenarkan. 

Barangan yang telah disita di hantar ke Setor Sitaan DBKL untuk proses dokumentasi. 

Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan SOP DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan dan pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. – HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -