Curiga-mencurigai dalam PH

- Advertisement -

KATA Tun Dr Mahathir mesyuarat Pimpinan Tertinggi BERSATU tidak pernah putuskan keluar dari Pakatan Harapan (PH). Kini sedang viral rakaman mesyuarat 23 Februari itu yang membuktikan sebaliknya.

Tak mengapalah. Cuma yang lebih menarik dalam rakaman itu adalah apabila suara Tun berkata:

- Advertisement -

“… tak ada kelainan. Cumanya saya pun tak suka kepada DAP, tak suka pada Anwar, yang lain pun semua macam itu …”

Ianya pengakuan hidup bahawa Tun tidak suka DAP dan tidak suka Anwar. Bukan pimpinan BERSATU sahaja malah beliau sendiri pun tak suka DAP dan Anwar.

Barangkali yang lebih perlu untuk dengar rakaman ini adalah pimpinan dan penyokong DAP serta pimpinan PKR dan Anwar sendiri.

Atau mereka sudah tahu? Walaupun Tun tidak suka tapi demi mendapat semula kuasa, tak mengapalah…

Inilah watak-watak yang ada dalam PH hari ini. Setelah roboh Kerajaan mereka angkara tindakan Tun meletak jawatan. Rupanya sesama mereka memang saling curiga-mencurigai. Mujurlah Kerajaan PH telah lenyap.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -