Covid-19: 31 kes baharu dicatatkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 60 kes sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,706 atau 81.41 peratus daripada keseluruhan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 31 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,009 keseluruhan kes.

“Daripada 31 kes tersebut, 10 merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, 21 merupakan kes jangkitan tempatan dan 10 kes merupakan bukan daripada warganegara Malaysia,” katanya.

- Advertisement -

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,189 kes.

Hingga kini, ada 11 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 114 atau 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.– HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -