Arahan kerja dari rumah kekal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa arahan bekerja dari rumah bagi penjawat awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih kekal dan tidak ditarik balik.

Menurutnya, walaupun pejabat kerajaan sudah dibuka, namun ia tidak sepenuhnya dan masih ada yang belum dibuka seperti sekolah.

- Advertisement -

“Setakat ini, sebanyak 80 peratus penjawat awam sudah kembali bekerja di pejabat manakala 20 peratus masih bekerja dari rumah.

“Arahan bekerja dari rumah itu masih belum ditarik balik dan kekal sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media harian PKPB hari ini.- HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -