YDPA iktiraf strategi di Laut China Selatan

- Advertisement -

SEJARAH tercipta dalam Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Dalam ucapan Titah Diraja semalam, Baginda telah menyentuh mengenai strategi geopolitik bagi mempertahankan kepentingan strategik kita di Laut China Selatan.

Secara spesifik baginda mengiktiraf strategi kita dalam mengimbangi ‘persaingan ketenteraan kuasa-kuasa besar’.

- Advertisement -

Titah Baginda ini tentulah berkait rapat dengan kejayaan kita menyelesaikan eksplorasi kapal West Capella yang dikontrak Petronas di Laut China Selatan meski pun diasak hebat oleh kapal-kapal China.

Sebagai sebuah negara kecil dengan ekonomi terbuka, kita berjaya mengimbangi tindak-tanduk China dengan diplomasi di balik tabir dan juga ‘external balancing’ dengan kehadiran Amerika Syarikat yang memiliki kepentingan tersendiri di rantau Indo-Pasifik ini.

Malah, dalam titah ucapan semalam, Baginda menitahkan supaya ‘domain Maritim’ terus diperkasakan dalam memelihara kepentingan strategik kita di Laut China Selatan.

Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana Titah Diraja semalam membuktikan betapa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bukan sahaja menitikberatkan kestabilan Kerajaan dan kebajikan rakyat baginda, bahkan juga prihatin dengan kepentingan strategik geopolitik kita di Laut China Selatan.

Daulat Tuanku!

ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 19/5/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -