PUM rakam tahniah lantikan MB Kedah

PERSATUAN Ulamak Malaysia (PUM) mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Noor di atas pelantikan sebagai MB Kedah yang baharu.

Pelantikan ini sedikit sebanyak telah menyelesaikan kemelut politik yang melanda Negeri Kedah setelah mantan Menteri Besar kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Advertisement

PUM mendoakan agar YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Noor dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaiknya, berpandukan kepada kepada ajaran al-Quran dan Hadis.

Harapan kami agar Negeri Kedah akan sentiasa mendapat barakah dan menjadi negeri yang makmur, seperti ungkapan yang dinyatakan dalam al-Quran:

Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur (بلدة طيبة ورب غفور)

Mudah-mudahan pentadbiran YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Md Noor akan lancar dan dipermudahkan segala urusan yang berkaitan.

Selamat menjalankan tugas.

سيروا على بركة الله.

مع خالص الدعوات بالتوفيق والسداد.

Sekian, terima kasih.

DATO’ AL-SYEIKH ABDUL HALIM ABDUL KADIR
Yang di-Pertua
Persatuan Ulamak Malaysia – HARAKAHDAILY 19/5/2020