PAS Pekan hulur sumbangan kepada MOSWAY

- Advertisement -

PEKAN: Susulan tekanan kelangsungan hidup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PAS Kawasan Pekan telah tampil menghulurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan di Taman Indera Sempurna, di sini semalam.

- Advertisement -

Sumbangan terutama kepada golongan miskin, orang kelainan upaya (OKU), sakit, warga emas, armalah dan anak yatim yang semuanya dikenali ringkas sebagai MOSWAY ini bertujuan meringankan beban dialami mereka.

Serahan dilakukan Ketua Muslimat PAS Pekan, Ustazah Rohana Mohamad termasuk kepada para amilat, manakala Yang DiPertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran kejadian sebelum ini.

Turut diberikan adalah kuih raya dan barangan keperluan lain yang semua sumbangan adalah dari Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia serta para dermawan setempat.

Kata Ustazah Rohana, sumbangan diharap meringankan beban penerima disebabkan keterbatasan PKP selain sempena menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelang kurang seminggu lagi.

Hadir sama adalah Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dan Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pekan, Ahmad Haron dan Nor Afandi Hamzah.

Juga Ketua PAS Cawangan dan Jawatankuasa Muslimat Cawangan Indera Sempurna, Zainuddin Hasan dan Siti Basyirah Ibrahim. – HARAKAHDAILY 19/5/2020

- Advertisement -