PAS Johor kunjung hormat Ketua Polis Johor

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: PAS Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dalam rangka mengeratkan hubungan dan kerjasama kedua pihak serta sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada Polis Diraja Malaysia, di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan tersebut diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin serta beberapa pimpinan PAS iaitu Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Dr Mohd Mazri Yahya serts Setiausaha dan Penolong Setiausaha PAS Johor, Ahmad Al Johari Mohd Yusof dan Zaini Hussein.

Kehadiran delegasi telah disambut dan diraikan sendiri Ketua Polis Johor, Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Cawangan Khas Polis Johor, SAC Ahmad Ramdzan Daud serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Md Yusof Ahmad beserta beberapa pegawai dari ibu pejabat tersebut.

Menurut Ustaz Abdullah, PAS Johor sangat menghargai komitmen dan pengorbanan telah ditunjukkan seluruh warga Polis Diraja Malaysia dalam khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara.

Sementara, Dato’ Ayob yang mesra menyambut rombongan tersebut turut menyuarakan saranan untuk kedua pihak dapat bekerjasama terutama melibatkan kepentingan awam di mana dalam pertemuan hampir sejam tersebut, kedua pihak saling berkongsi harapan dan permasalahan yang boleh ditangani bersama.

Di kesempatan PAS Johor turut menyerahkan sumbangan sebagai tanda penghargaan berupa beberapa peralatan seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman serta sarung tangan getah. – HARAKAHDAILY 19/5/2020

- Advertisement -