Kelantan-Kedah pulih ekonomi pasca Covid-19

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan berbincang dengan Kedah untuk memulihkan ekonomi pasca Covid-19 memandangkan kedua-dua negeri sekarang berada dalam zon hijau.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peringkat pertama perbincangan adalah bagi memulihkan ekonomi di kedua-dua negeri terbabit.

- Advertisement -

“Sebelum ini pun hubungan Kelantan dengan Kedah memang baik, tidak kira siapa menjadi menteri besar.

“Namun mungkin ada hubungan lain lagi untuk bertambah erat khasnya dalam hubungan sesama zon hijau dapat ditekankan khususnya berkaitan pemulihan ekonomi,” ujarnya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat kali ke-12 Jawatankuasa Keselamatan Negeri di Kota Darul Naim hari ini.

Terdahulu beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilantik Menteri Besar Kedah ke-14 Ahad lepas.- HARAKAHDAILY 19/5/2020

- Advertisement -