RM90 juta bina rumah penduduk miskin

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub ketika menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan kepada petugas barisan hadapan DUN Pasir Pekan di sini semalam. Foto: RIZAL TAHIR
- Advertisement -

TUMPAT: Kerajaan Kelantan membelanjakan hampir RM90 juta dalam tempoh 10 tahun bagi membina rumah dhuafat untuk rakyat miskin di negeri itu.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub berkata, sebanyak 865 rumah berkenaan dibina dengan kos RM34.6 juta bermula 2009 hingga 2019.

- Advertisement -

Selain itu katanya, sebanyak RM51 juta lagi dibelanjakan untuk membaik pulih kediaman rakyat melibatkan 5,113 buah di seluruh Kelantan dalam tempoh berkenaan.

“Walaupun dalam kekangan ekonomi dan tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan ketika itu, namun kita dapat menyediakan kemudahan berkenaan untuk rakyat miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Bakul Ramadan kepada petugas barisan hadapan Dun Pasir Pekan di sini semalam.- HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -