Rasuah adalah jijik, kotor wajar diperangi – Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa kerajaan untuk komited melaksanakan pelan anti-rasuah nasional.

Menurut baginda, apa jua perancangan ke arah pembentukan sesebuah negara maju yang stabil dan makmur tidak akan tercapai sekiranya negara masih dibelenggu amalan rasuah.

- Advertisement -

Pada hemat baginda, pelaksanaan program pembangunan berteraskan amalan integriti dan tadbir urus yang baik adalah penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan selain demi menjaga kesejahteraan rakyat dan negara.

Justeru itu, beliau bertitah kepada semua pihak untuk mendukung aspirasi ini agar setiap agenda pembangunan negara tidak terhakis oleh amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa,

“Tanamkan di dalam minda masyarakat semenjak di bangku sekolah lagi bahawa rasuah adalah jijik, kotor dan wajar diperangi habis-habisan,” titah Agong.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Perlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -