Perlu maklum pemimpin tempatan elak timbul fitnah

Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) Ustaz Abdul Rahman Yunus menagihkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar DUN berkenaan semalam.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Mana-mana pihak yang datang ke Kelantan bagi membantu penduduk miskin wajar memaklumkan terlebih dahulu kepada pemimpin tempatan bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah.

Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) Ustaz Abdul Rahman Yunus berkata, kesanggupan pihak luar datang membantu penduduk di sini amat dialu-alukan.

- Advertisement -

Bagaimanapun katanya, mereka sebolehnya hendaklah mendapat maklumat daripada pemimpin tempatan bagi mengelakkan timbul fitnah.

“Apa yang berlaku sekarang ada pihak luar yang datang membantu penduduk miskin di sini kemudian menguar-uarkan dalam media sosial.

“Tindakan itu secara tidak langsung menimbulkan fitnah di mana netizen cuba menggambarkan penduduk miskin terbabit tidak mendapat pembelaan wakil rakyat dan kerajaan negeri.

“Sedangkan pemimpin tempatan sering membantu penduduk terbabit malah kerap datang bertanya khabar,” katanya selepas mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar DUN berkenaan semalam.

Baru-baru ini pendakwah dermawan Ustaz Ebit Lew menguar-uarkan membantu penduduk miskin yang tinggal di bangsal usang di tempat pelupusan sampah di Pusu 40 Rantau Panjang.

Sedangkan penduduk terbabit menetap sementara di bangsal buruk bagi memudahkan mencari rezeki di tempat pelupusan sampah, malah mereka memiliki kediaman sendiri di kampung lain.- HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -