Perkasakan undang-undang alam sekitar

Foto hiasan.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia mestilah terus komited dalam usaha mengetengahkan isu alam sekitar dan perubahan iklim, titah Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

- Advertisement -

Jelas baginda, seruan tersebut termasuklah mempergiatkan usaha memelihara dan memulihara sungai, hutan, hidupan liar dan mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca selain meningkatkan penggunaan tenaga boleh baharu.

Menurut Al-Sultan Abdullah, kemerosotan alam sekitar dan kesannya kepada kesejahteraan negara dan sejagat tidak boleh dipandang remeh.

Justeru itu, baginda menyeru supaya Malaysia akan terus komited dalam usaha ini termasuk pemerkasaan undang-undang alam sekitar serta aktiviti-aktiviti melibatkan penguatkuasaan dan kerjasama semua pihak termasuk negara serantau.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Perlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -