Pakej PRIHATIN perlu disokong – Titah Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Memahami banyak industri dan perniagaan yang terjejas akibat wabak Covid-19, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menyeru agar para majikan untuk tidak membuang pekerja dengan sewenang-wenangnya.

- Advertisement -

Baginda bertitah, agar semua pihak perlu bersedia melakukan pengorbanan demi meringankan beban rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara khusunya.

Sementara itu, Yang Di-Pertua Agong berharap kerajaan memberi tumpuan untuk membantu syarikat dan perniagaan yang terkesan teruk akibat Covid-19, seperti industri pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana.

Selain itu, Yang Di-Pertua Agong juga berharap, inisiatif-inisiatif yang diambil oleh Majlis Tindakan Ekonomi termasuk memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM260 bilion bagi melindungi kebajikan rakyat dan menyokong industri serta perusahaan kecil dan sederhana negara akan segera dirasai impaknya.

Titah Baginda, pakej tersebut merupakan suatu yang amat besar dan luar biasa, justeru, Yang Di-Pertua Agong menyeru agar ia disokong sepenuhnya oleh semua pihak.

“Beta yakin dengan kerjasama dan kesepakatan yang jitu, cabaran yang kita hadapi ini akan dapat kita tangani bersama, insyaAllah,” titah baginda hari ini sempena penggal parlimen keempat belas hari ini. – HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -