Malu nak minta RM20K, rumah hampir hangus

- Advertisement -

BELIAU sangat aktif dalam kerja berkebajikan di Sabah, namun dalam masa yang sama sangat malu untuk memohon sumbangan sekalipun sangat memerlukan ketika ini.

- Advertisement -

Demikianlah sikap seorang aktivis kebajikan yang sentiasa berhubung dengan kami.

Apa yang berlaku,  rumah beliau di No 52 Blok B Kampung Sri Menanti, Ontetik Tanjung Batu Darat, Tawau Sabah sebelum ini hampir musnah dijilat api. 

Rumah didiami sepasang suami isteri dan seorang anak yang akan melanjutkan pengajian ke University Al Azhar dalam masa terdekat selepas pendamik COVID19.

Ayuh bersama Muslim Care Malaysia rebut peluang diakhir Ramadan ini dengan menyumbang bagi mencukupkan dana membaiki rumah tersebut bagi menggembirakan saudara  ini disamping menambah saham akhirat penyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 5644 9041 3882 – Maybank Muslim Care Malaysia Society. 
Info lanjut :016-9978323 Johari- HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -