Bangunkan pertanian secara lestari – Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah menyeru pihak kerajaan meneruskan usaha untuk membangunkan industri komoditi berasaskan pertanian secara lestari dengan sokongan penyelidikan dan pembangunan berkualiti.

- Advertisement -

Menurut baginda, ini bertujuan bagi meningkatkan permintaan pasaran termasuk di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, baginda bertitah, satu penekanan perlu diberikan kepada automasi, pengguna teknologi moden, benih berkualiti, pembajaan dan pengairan, kawalan penyakit serta konsolidasi kawasan pertanian.

Hal ini, bagi meningkatkan lagi hasil pertanian dan jaminan sekuriti makanan negara, titah Agong.

“Kerajaan beta turut beriltizam untuk terus meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan yang saksama kepda rakyat.

“Perkhidmatan kesihatan akan diperkasa dengan menjurus kepada pencegahan dan perawatan secara holistik termasuk kepada masyarakat luar bandar, Orang Asli serta pribumi di Sabah dan Sarawak,” titah Agong.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Perlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini. – HARAKAHDAILY 18/5/2020

- Advertisement -