Tahniah daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH.
Allahu Akbar 3x

Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan kesyukuran kepada Allah swt dan sekalung tahniah diucapkan kepada Perikatan Nasional Negeri Kedah atas majoriti yang diperoleh untuk membentuk Kerajaan Negeri pada hari ini.

Kuasa pemerintahan diperolehi setelah adanya konflik di dalam Pakatan Harapan yang akhirnya menyebabkan kerajaan baru mengambilalih pemerintahan untuk memenuhi mandat menunaikan amanah kepada rakyat negeri Kedah.

- Advertisement -

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua barisan pimpinan Perikatan Nasional Kedah yang bersepakat untuk menubuhkan kerajaan baru. Syabas diucapkan kepada ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Mohd Noor atas pelantikan sebagai menteri besar yang baru.

Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru agar seluruh pemimpin Perikatan Nasional mengukuhkan perpaduan dan segera memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama di saat wabak Covid-19 menjejaskan kehidupan rakyat kebanyakan.

Peluang menjadi kerajaan ini sewajarnya diharapkan dapat menjadi medan terbaik untuk berbakti kepada agama, rakyat dan negara.

Siirualabarakatillah

Islam Memimpin Wanita Sejahtera.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
17 Mei 2020/ 24Ramadan 1441H- HARAKAHDAILY 17/5/2020

- Advertisement -