Mukhriz sah letak jawatan MB Kedah

- Advertisement -

ALOR STAR: Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir sah melepaskan jawatannya selaku Menteri Besar Kedah berikutan hilang majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyokong beliau.

- Advertisement -

Dengan pengumuman itu juga, ia sekaligus menyebabkan kerajaan PH juga tidak lagi menerajui negeri ini.

Pengumuman itu dibuat semasa sidang medianya sebentar tadi di sini.
Mukhriz menjadi Menteri Besar dua kali dan, dua kali juga beliau melepas jawatan berikutan kemelut politik yang berlaku pada pentadbiranya.

Empat ADUN Bersatu sebelum ini menyatakan sokongan dan dua ADUN PKR juga keluar parti menjadikan kerajaan PH Kedah tumbang.

Dalam pengumuman tadi, Mukriz menyatakan seorang menteri besar harus melepas jawatan selepas PH hilang majoriti.

Walaupun beliau menyatakan beliau tiada masalah dalam pentadbiran, namun dalam masa yang sama empat ADUN Bersatu menyatakan mereka memilih untuk bersama keputusan Bersatu di peringkat nasional yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin..

PH kini hanya tinggal 13 kerusi dan hilang kelayakan menerajui negeri.

Dengan pengumuman itu, ia membolehkan Menteri Besar baharu akan mengangkat sumpah sebagai MB yang dijangka pada jam 2.00 petang ini di hadapan Sultan Kedah.

Sebelum ini pada 15 Mei, proses 23 ADUN Perikatan Nasional (PN) mengadap Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman,  berjalan dengan lancar.

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Noor, adalah antara yang terawal dipanggil mengadap kemudian disusuli ADUN-ADUN lain yang dilakukan secara berkumpulan. – HARAKAHDAILY 17/5/2020

- Advertisement -