PTTS bantu rakyat miliki rumah

- Advertisement -

DALAM tempoh kurang 2 tahun Kerajaan baru Negeri Terengganu, di DUN Jabi sahaja kita telah baik pulih hampir 200 buah rumah rakyat dan bina baru 5 buah rumah di bawah Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS).

Program PPTS ini berterusan lagi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang selagi kami diberikan amanah. Memang isu perumahan tak mampu diselesaikan dalam tempoh singkat tapi kita terus bekerja tanpa henti dengan izin Allah.

- Advertisement -

Foto di bawah ialah sekeluarga saudara kita dari Kampung Bukit Rambutan Jabi yang sekian lama mendiami rumah usang, akhirnya berpindah ke rumah baru pada awal tahun 2020 baru-baru ini. Rumah ini dibina sepenuhnya dengan biaya Kerajaan Negeri dan penerima tak perlu bayar satu sen pun serta menjadi milik mereka selagi mereka bernyawa di atas muka bumi ini.

Saya tak menjanjikan suatu miracle untuk setiap masalah diselesaikan dalam masa 2 jam sahaja. Kalau datang ke Jabi sekarang, banyak lagi rumah buruk dan usang yang boleh diambil gambar dan saya tak malu untuk ceritakan hakikat sebenar kehidupan rakyat kita kerana kita juga hidup bersama mereka.

Dalam masa yang sama, kita juga mendapat bantuan bina rumah dari syarikat korporat seperti TNB di bawah Program CSR mereka. Saya amat alu-alukan sesiapa saja yang sudi datang untuk bantu rakyat kita membina rumah dengan tangan terbuka.

DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 16/5/2020

- Advertisement -