Nakbah Palestin: Teruskan doa buat tanah barakah

- Advertisement -

ISU merentasi blok kenegaraan

- Advertisement -

Tanggal 15 Mei adalah Hari Nakbah Palestin. Memperingati detik hitam ummah dan malapetaka bagi umat Islam di Palestin khususnya. Terdirinya sebuah negara haram Islam di atas tanah Palestin, tanah barakah yang disebutkan di dalam al-Quran sebagaimana pada ayat pertama surah al-Israk yang menceritakan peristiwa Israk.

Hari Nakbah Palestin wajar diulang peringatannya agar umat Islam seluruh dunia tidak leka dengan perancangan musuh, Yahudi yang menginginkan negara Yahudi atas tanah Palestin kerana kononnya ia termasuk dalam wilayah asal milik Bani Israil dengan istilah nama kuno Kan’an.

Hari Nakbah Palestin menyaksikan bagaimana pembunuhan, pembantaian dan pengusiran yang dilakukan oleh Yahudi Zionist ke atas umat Islam Palestin yang menjadikan mereka sebagai pelarian di bumi sendiri. Palestin yang terdapat dalamnya Masjidil Aqsa adalah hak ummah, yang merentasi blok bangsa dan kenegaraan.

Ia menjadi isu ummah yang perlu terus diperjuangkan oleh umat Islam. Walau terdapat isu tempatan di negara masing-masing, namun isu Palestin tetap tidak boleh dikesampingkan.

Perincian tulisan ada dibuat pada artikel Islam dan Palestin di pautan: https://bit.ly/3atdcXo

Musuh tidak pernah berhenti merancang

Pengajaran dari Hari Nakbah Palestin antaranya ialah musuh, Yahudi tidak pernah duduk sahaja dan tidak pernah berhenti merancang dan berusaha dalam mencalai matlamat mereka. Umat Islam tidak boleh leka dan alpa malah perlu berwaspada.

Firman Allah S.W.T:

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡیَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَىِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَاۤءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِی جَاۤءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِیࣲّ وَلَا نَصِیرٍ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

[al-Baqarah: 120]

Secara serius, pelan penubuhan negara haram Israel kali pertama dibentangkan di Persidangan pertama Zinoist di Bale, Switzerland dan mendapat persetujuan semua. Theodor Herzl menjadi kepala dalam menjayakan perancangan ini dalam misi rundingan dengan Sultan Abdul Hamid II namun menemui jalan kegagalan sekalipun menawarkan pembelian dengan harga yang tinggi untuk membeli tanah di Palestin.

Perancangan ini semakin mudah mendapat laluan setelah mana Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang terlibat dalam peperangan dunia pertama kalah. Akhirnya berlaku Perjanjian Sykes-Picot antara Perancis dan British dalam membahagikan wilayah-wilayah Islam mengikut pengaruh kuasa-kuasa besar dunia.

Yahudi tetap penakut, hanya di balik proksi

Hakikatnya Yahudi Bani Israil sejak sekian lama mengimpikan memasuki dan mendiami bumi Palestin. Namun sikap mereka sejak dahulu yang menderhakai Rasul mereka dengan pelbagai alasan kerana tidak mahu berjuang dan berkorban.

Mereka takut berhadapan, sebab itu apabila Nabi Musa memerintah mereka untuk memasuki tanah Palestin, namun mereka enggan kerana takut berhadapan dengan kaum yang sedia ada ketika itu yang lebih gagah dan dikenali dengan kekuatan perang.

Firman Allah S.W.T:

یَـٰقَوۡمِ ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡأَرۡضَ ٱلۡمُقَدَّسَةَ ٱلَّتِی كَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ وَلَا تَرۡتَدُّوا۟ عَلَىٰۤ أَدۡبَارِكُمۡ فَتَنقَلِبُوا۟ خَـٰسِرِینَ * قَالُوا۟ یَـٰمُوسَىٰۤ إِنَّ فِیهَا قَوۡمࣰا جَبَّارِینَ وَإِنَّا لَن نَّدۡخُلَهَا حَتَّىٰ یَخۡرُجُوا۟ مِنۡهَا فَإِن یَخۡرُجُوا۟ مِنۡهَا فَإِنَّا دَ ٰ⁠خِلُونَ

“(Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”. Mereka menjawab: “Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu).”

[al-Ma’idah: 21 – 22]

Dan begitu juga dalam menjayakan pelan pemisahan petempatan antara rakyat Palestin dan kaum Yahudi di Palestin, British menjadi proksi dan menyebelahi kepentingan Yahudi. Suruhanjaya Peel diwujudkan bagi meneruskan dasar luar Britis yang menyokong penubuhan negara haram Israel di Palestin iaitu menerusi Deklarasi Balfour. Walaupun begitu, mendapat tentangan hebat dari kaum Arab.

Dan kini, Yahudi terus berada di belakang tabir proksi mereka iaitu Amerika Syarikat. Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat meneruskan agenda bagi kepentingan Yahudi antaranya:

(1) Mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember 2017.

(2) Memasyhurkan pelan damai Vision of Peace bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang impaknya menyaksikan agenda mendaulatkan petempatan Yahudi di tebing Barat Palestin.

Ummah bercakaran, Yahudi sorak kemenangan

Jika dibuat perbandingan populasi Yahudi adalah sekitar lebih 7 juta dan tidak sampai 10 juta pun. Angka yang jauh lebih kecil dari angka bangsa Arab di negara-negara Arab sekalipun. Namun negara Arab lemah kerana bercakaran demi kepentingan sendiri. Walhal Israel berada di tengah yang dikeliling oleh negara Arab. Namun Yahudi berkuasa!

Tidak lain kerana ummah bercakaran maka menjadi lemah. Lebih teruk lagi, jika ada negara Arab yang menurut telunjuk Amerika dan Yahudi dengan memberikan kerjasama malah walak sehingga sanggup berperang antara sesama umat Islam.

Setelah hilangnya kuasa dan runtuhnya Khilafah terakhir yang berpusat di Turki, agenda musuh ‘pecah dan perintah’ memainkan peranan untuk:

(1) Memecahkan kesatuan umat Islam.
(2) Meniupkan semangat Kebangsaan dan blok kenegaraan.
(3) Melumpuhkan ekonomi negara dengan merompak hasil negara untuk bawa balik kepentingan penjajah.

Selain itu juga, umat Islam perlu sedar bahawa musuh tidak pernah kisah dan peduli berkenaan dengan perbezaan mazhab. Pada pandangan mereka Islam tetap Islam yang mesti dikekang dan dilenyapkan. Sebab itu, kajian RAND Corporation menunjukkan kelemahan umat Islam dengan menyibukkan diri dalam perbalahan sektarian mazhab dengan dibahagikan umat Islam kepada 4 kelompok. Tujuannya hanyalah untuk:

(1) Menyekat kesatuan umat Islam.
(2) Menghilangkan dari fokus kepada musuh utama, Yahudi.

Watak pengkhianat, membantu agenda musuh berjaya

Dalam membincangkan sejarah Palestin dan juga Khilafah pastinya terkait dengan watak pengkhianat, musuh dalaman Islam sendiri yang menjayakan agenda musuh ke atas dunia Islam.

Bagaimana watak Syafif Hussin yang mendambakan jawatan atas janji dari pihak musuh sehingga sanggup bersekongkol menerusi Perjanjian McMahon. Akhirnya bersetuju membelot dan mengkhianat dengan:

(1) Meniupkan sentimen Kebangsaan Arab bagi menggugat sistem Khilafah yang berpusat di Turki untuk keluar dari Khilafah.

(2) Membelot dengan menentang perikatan Khilafah Uthmaniyah dalam perang dunia pertama.

Begitu juga, kejatuhan Khilafah Uthmaniyah juga ekoran watak dalaman pengkhianat apabila watak Kamal al-Tartuk yang memimpin kebangkitan anak muda Turki dengan meniup seruan pembaharuan namun berkiblatkan Rumah Putih!

Siri-siri pengkhianatan dalaman ini telah bermula sekian lama malah di zaman Rasulullah S.A.W dengan kewujudan golongan munafik. Zahir nampak baik namun di sebaliknya adalah jahat. Sehingga sanggup mengaburi dengan kerangka ‘masjid’ tapi realitinya ‘markaz memusuhi Islam’. Begitulah pengajaran dari gambaran Masjid Dhirar.

Firman Allah S.W.T:

وَٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ مَسۡجِدࣰا ضِرَارࣰا وَكُفۡرࣰا وَتَفۡرِیقَۢا بَیۡنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ وَإِرۡصَادࣰا لِّمَنۡ حَارَبَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ مِن قَبۡلُۚ وَلَیَحۡلِفُنَّ إِنۡ أَرَدۡنَاۤ إِلَّا ٱلۡحُسۡنَىٰۖ وَٱللَّهُ یَشۡهَدُ إِنَّهُمۡ لَكَـٰذِبُونَ

“Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: “Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata”. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.”

[at-Tawbah: 107]

USTAZ DR MUHAMAD ZUHAILI DR HJ SAIMAN
Pengerusi
Lajnah Perkaderan Ulamak Pelapis (LPUP),
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 16/5/2020

- Advertisement -