Beri perhatian serius SOP PKPB – Nuridah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berharap agar wabak Covid-19 dapat dihentikan serta hilang dari negara Malaysia dan dunia khususnya.

- Advertisement -

Sehubungan dengan itu katanya, kerjasama berterusan daripada semua pihak untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini terus diberi perhatian yang serius.

Beliau berkata, ini merupakan langkah dan usaha yang sangat penting agar Covid-19 ini dapat dihapuskan daripada masyarakat, kerana perjuangan menyekat Covid-19 masih belum selesai.

Justeru itu, rakyat perlu meneruskan pengorbanan menghalang keinginan untuk pulang bersama seluruh keluarga terutama ketika menyambut musim perayaan yang bakal disambut ini.

Beliau berkata demikian kepada HarakahDaily semalam ketika diminta mengulas situasi semasa dan kejayaan kerajaan dalam mengurangkan penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Selain itu kata beliau, normal baharu mesti dididik pada setiap diri sepertimana yang telah diumumkan.

Bagaimanapun, beliau turut mengucapkan tahniah diatas segala pengorbanan daripada semua pihak terutama frontliners yang banyak memberi pengorbanan dalam menangani wabak ini.

Kerjasama semua pihak boleh memastikan penularan wabak dapat dikurangkan

Namun katanya, segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama semua pihak terutama rakyat telah membuahkan kejayaan dalam menyekat penularan Covid-19 di negara ini.

Disamping itu juga katanya, semua pihak perlu mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan demi memastikan penularan wabak ini benar-benar dapat dihapuskan. – HARAKAHDAILY 16/5/2020

- Advertisement -