Perkukuh kerjasama MN, perteguh pentadbiran PN

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) bertekad memperkukuhkan resolusi Piagam Muafakat Nasional bersama rakan kerjasama, UMNO dalam mesyuarat khas Muafakat Nasional semalam.

14 September 2019 menjadi tarikh keramat dengan terlaksananya Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) sebagai detik penting dalam sejarah politik Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke 14.

Piagam Muafakat Nasional yang telah dimeterai dalam HPU menegaskan bahawa Muafakat Nasional menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera serta berusaha memastikan tadbir urus pembangunan negara yang sejahtera.

- Advertisement -

Dalam mencapai agenda berkenaan, Muafakat Nasional sepakat memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinanan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencorak negara ke arah pentadbiran yang lebih sejahtera, diberkati dan diiktiraf di peringkat global.

Pengiktirafan yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada kerajaan dalam menangani COVID-19 boleh dibanggakan. Rakyat Malaysia turut berganding bahu untuk memastikan peratusan yang tinggi terhadap kepatuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia menjadi petanda bahawa rakyat turut bersama dengan kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani wabak ini.

PAS menyeru permuafakatan yang telah terbentuk di peringkat negeri terus terjalin dalam merealisasikan agenda Malaysia Sejahtera. Seterusnya, kerjasama erat ahli akar umbi juga sangat diperlukan dalam membina kesatuan masyarakat majmuk yang utuh.

Tempoh 22 bulan Pakatan Harapan memerintah adalah sejarah hitam politik negara. Cukuplah sekali untuk dijadikan pengajaran.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
15 Mei 2020 | 22 Ramadan 1441- HARAKAHDAILY 15/5/2020

- Advertisement -