Iktibar tragedi 51 tahun lalu

- Advertisement -

KADUK hampir-hampir naik junjung pada hari ini 51 tahun lalu. Kerana itu bab kekuatan kuasa politik Melayu Islam ini bukan sesuatu yang boleh diperlekeh dan dipandang remeh.

Leka, lalai dan lemah kita, bercakaran dan tidak bersatu maka bumi dipijak sudah tidak dalam milik kita lagi. Parti-parti politik Cauvinis seperti DAP dan Gerakan ketika itu telah membakar semangat perkauman dan menjaja konsep ‘Malaysian Malaysia’ sewaktu berkempen PRU ke-3 tahun 1969.

Parti Buruh yang pro PKM walau bagaimanapun memboikot PRU ini tetapi anasir PKM telah mengambil kesempatan menyusup menghangatkan kempen dan mengadu-domba.

- Advertisement -

Perikatan Umno hampir tewas di Selangor. Mereka menang cuma 14 dari 28 kerusi, DAP 9, Gerakan pimpinan mendiang Tan Sri Dr Tan Chee Khoon 4 dan Bebas 1.

Keputusan seakan tergantung kiranya DAP dan Gerakan bergabung dan Bebas menyokong mereka mengakibatkan penyokong-penyokong pembangkang mendakwa yang Kerajaan telah tumbang, dan kuasa politik Melayu berkecai.

Mereka berarak di tengah bandar (ketika itu Kuala Lumpur masih bawah Selangor) dan memprovokasi orang-orang Melayu. Penyapu gergasi diusung kononnya mahu menyapu Melayu keluar dari tampuk kuasa.

Kegilaan ini membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu akhirnya berlaku rusuhan dan pergaduhan kaum , ratusan terkorban sehinggalah darurat diisytiharkan.

Menurut Felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong:

“Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada Antarabangsa,”

Tambahnya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) mengenai agama Islam, bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan Raja Melayu.

Lihatlah apabila tiada hormat lagi terhadap sejarah, budaya, amalan dan asal-usul kita mudah sahaja ketegangan tercetus.

Bekas Pegawai Kanan Polis mendiang Dato’ Seri Yuen Yuet Leng pula mencatatkan:

“The sudden surge of excessive Chinese chauvinistic and uncontrolled emotions during the May 69 elections following Opposition camps, was accompanied by even some simplistic presumptuousness that even greater Chinese political ascendency and successes would follow.

“The aggressive posturing and defiance seen during the funeral procession of an opposition posturing element shot by the police few days earlier had already fumed the situation.

“All these acts together could only create anger and inflict humiliation on the fragile sensitivities of a basically proud race and people. Very strong Malay anger arose intermixed with political anxieties for the community’s future.”

Pengajarannya jangan kita ulangi peristiwa malang ini. Umat Melayu perlu bersatu dan dari kesatuan itu memayungi dan menuduh seluruh negara termasuklah rakyat yang bukan-Melayu. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Parti-parti politik Melayu perlu insaf, elakkan perbalahan, sanjungi penyatuan. Berpegang teguh dengan tali Allah, jangan bercerai-berai.

InsyaAllah bersama kita berikan keadilan pada semua, tegakkan yang makruf cegah yang mungkar, moga Malaysia sejahtera dan aman.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 15/5/2020

- Advertisement -