Guru PASTI dihargai, terima sumbangan ADUN Chenor

- Advertisement -

MARAN: ADUN Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak telah menyampaikan sumbangan Ramadan buat guru-guru PASTI dalam DUN Chenor pada majlis anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Maran, di sini semalam.

- Advertisement -

Pada majlis turut dihadiri pihak Penghulu Mukim Chenor Bandar dan Mukim Bukit Segumpal itu, Ustaz Mujibur menyifatkan guru PASTI sebagai golongan yang telah banyak menabur budi dan berkorban mendidik anak-anak di peringkat pra-sekolah.

Pengerusi PASTI Maran, Roduan Zainal Abidin memaklumkan terdapat tujuh PASTI dalam DUN Chenor iaitu PASTI Al-Adeeb Jengka 6, Luq-luq Wal Marjan Batu 13, Al-Ridzwan Chenor, An-Nur Bukit Lada, Al-Hidayah Tanjung Perang, As-Syakireen FELDA Awah dan Al-Husna Sungai Nerek.

Penghulu Mukim Bukit Segumpal, Saharil Apindi Ahmad ketika ditemubual menyatakan bahawa bantuan seumpama itu tentunya meringankan beban penerima dalam kalangan 21 guru PASTI tersebut.

“Ianya juga satu bentuk penghargaan untuk guru-guru PASTI yang memberi khidmat dan sumbangan bakti dalam peringkat awal mendidik kanak-kanak di kawasan setempat dan peranan serta usaha ini tidak dapat dinafikan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/5/2020

- Advertisement -