Di mana al-Quds di hati kita?

- Advertisement -

BILA disebut mengenai Palestin, tentu yang terlintas dalam benak fikiran kita adalah mereka orang yang susah, dizalimi dan perlu bantuan. Selalu sangat menjadi contoh keadaan yang sukar.

Sedangkan ia tempat yang sangat istimewa, yang dijamin mempunyai keberkatan daripada Allah. Bahkan, disebutkan dalam Hadis, antara 3 masjid kita boleh bersusah untuk melawatinya.

- Advertisement -

Mengapa jadi sebegitu?

Sebab sifat gila dan jahat. Ya, kegilaan Israel yang merampas tanah umat Islam sesuka hati mereka dan kejahatan mereka membantai umat Islam Palestin dengan pelbagai cara. Semua boleh kita lihat dengan jelas.

Semua ini bermula pada hari Nakbah. Diberi gelaran hari Kecelakaan sempena peristiwa hitam hampir sejuta penduduk Palestin dihalau keluar dan bermulanya penubuhan negara haram Israel dan agenda penguasaan terhadap kota suci.

Inilah titik hitamnya. Hari yang sepatutnya diingati bahawa lemahnya kita umat Islam, tidak mampu berbuat apa-apa saat kiblat pertama dirobek. Pemimpin Islam pula kebanyakannya hanya mampu berpeluk tubuh, tidak mampu berbuat apa-apa.

Sampai bila?

Sampai kecintaan al-Quds benar-benar tertanam dalam hati generasi kita umat Islam. Suatu hari nanti kerana al-Quds, generasi ini akan bersatu dan membela tanah suci ini. Ketika itu nusrah atau pertolongan Allah bersama mereka.

Sebab itu kita perlu adakan kempen berterusan kepada masyarakat, supaya cintakan al-Quds, fahami situasi sekarang. Sedar perancangan jahat musuh Islam di peringkat global hanya kerana kemahuan membuak-buak mereka kepada tanah berkat itu.

Jom kempen #RememberingNakbah

Saya nak ajak rakan-rakan semua untuk hidupkan hari Nakbah pada 15 Mei ini dengan semangat kecintaan kita pada Aqsa. Kita mula dengan langkah mudah, peruntukkan satu hari sahaja.

Bagaimana? Kongsikan apa sahaja tulisan, gambar, poster, artikel, info dan sebagainya berkenaan al-Quds. Kita mulakan kesedaran kepada yang lain.

Usaha kecil untuk perkara ini, kami anjurkan Photo4Palestine Contest. Siapa saja boleh sertai. Hanya ambil gambar bertemakan Palestin, gambar yang dah ada pun boleh. Kongsi di halaman Facebook atau Instagram atau Twitter dan letakkan tanda pagar #RememberringNakbah.

Sebagai ganjaran, 3 gambar yang dapat like paling tinggi, kami akan hadiahkan duit raya. Apalah sangat hadiah itukan, kami tahu, tapi sekurang-kurangnya itu usaha kita, tanda al-Quds masih di hati kita.

Di mana generasi Umar?

Bila teringat kisah Saidina Umar membuka Baitul Maqdis, hati saya jadi sangat tersentuh, sebak. Ketika itu ahli kitab beragama Nasrani sendiri beri ‘kunci’ kepada Saidina Umar untuk membuka kota suci itu, mereka redha Islam memimpin mereka. Allahuakbar.

Tapi lain dengan situasi kini. Sangat lain. Dalam keadaan sebahagian umat Islam bergolok gadai mempertahankan al-Quds, ada suara-suara sumbang menyokong Israel atau cuba normalisasi hubungan atau tindakan Israel. Sanggup!

Semoga Allah mengembalikan kekuatan umat Islam dan menambah kecintaan mereka pada kota suci ini. Semoga lahir generasi Umar yang akan bangkit membuka semula Baitul Maqdis dari cengkaman jahat Israel Laknatullah. Allahumma Amin.

“Remembering Nakbah”
“Nakbah 72”
“SaveAlQuds”

Wallahuaalam.

MUHAMMAD AFIQ AWANG BAKAR
Pencinta Al-Quds,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/5/2020

- Advertisement -