MPKK dijenamakan semula di bawah PN

Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak
- Advertisement -

KOTA BHARU: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang dimansuhkan Pakatan Harapan (PH) kini cuba diaktifkan semula selepas kerajaan PH tumbang pada akhir Februari lalu.

Difahamkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berusaha mengaktifkan semula organisasi akar umbi dengan nama berbeza.

- Advertisement -

Pengarah Urusetia Majlis Penghulu Kelantan, Jamaluddin Ishak berkata, isu berkenaan akan dibawa kepada kabinet terlebih dahulu sebelum diluluskan.

Katanya, fokus penubuhannya sebagai entiti pembangunan sosiol, ekonomi dan kebajikan di peringkat kampung.

“Sudah ada usaha untuk menubuhkan semula entiti tersebut, kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan nama kepada Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK),” katanya pada program bual bicara disiarkan laman sosial Kelantan TV di sini semalam.

MPKK yang diwujudkan kerajaan PH pada 2018 akhirnya dimansuhkan dengan menubuh pula MPKKP di negeri yang diterajui pembangkang.

Malah ahli MPKKP juga dilantik baharu hanya dalam kalangan penyokong PH sahaja, menyimpang daripada matlamat asal penubuhan MPKK.

Berikutan itu Kelantan menamakan semula MPKK sebagai Majlis Penghulu Mukim tanpa melibatkan dana daripada kerajaan pusat.- HARAKAHDAILY 14/5/2020

- Advertisement -