Bersama jayakan ‘Sekilo Daging, Penyeri Lebaran’ – GU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pertubuhan NGO Geng Ustaz (GU) telah mengadakan beberapa projek yang dikenali sebagai ‘Misi Covid-19 Geng Ustaz sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)’.

- Advertisement -

Menurut Presiden Geng Ustaz, Ustaz Kamalulhysham Mohd Suhut, ketika membuat siaran langsung melawat kandang lembu untuk projek ‘Sekilo Daging, Penyeri Lebaran’ semalam, satu perkara hebat telah berlaku.

“Pengusaha kandang lembu, Malik telah menginfakkan seekor lembu untuk misi kali ini.

“Sungguh Allah maha kuasa, menggerakkan hati-hati insan yang dermawan dan budiman untuk membantu kami mengerakkan projek ini,” katanya.

Sebungkus nasi, sejuta kesyukuran diteruskan

Sementara itu, antara beberapa projek yang telah dilaksanakan dalam berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan.

Projek ‘Sebungkus Nasi, Sejuta Kesyukuran’ yang mengumpulkan sebanyak 13,000 pek bersamaan RM7 setiap satu dan jumlah keseluruhan tersebut adalah sebanyak RM19,000.

Projek ‘Sekilo Ikan Selaut Kasih’ antara kawasan yang telah disampaikan adalah di Dun Jeneri, Dun Sg Limau, Dun Kuala Kedah,
Dun Tanjong Dawai, Dun Guar Cempedak, Dun Merbau Pulas dan Dun Gurun.

Tempoh yang diambil adalah selama 26 hari dan sebanyak 11,000 kg telah di kongsikan kepada 11,000 buah rumah. Serta kos keseluruhan ialah berjumlah RM 83,200.

Projek ‘Sebakul Kasih Ramadan’ mengeluarkan 580 pek yang melibatkan jumlah keseluruhan kos tersebut ialah RM29,000.

Projek ‘Bantuan Wang Tunai’ yang berjumlah RM8,500. Seterusnya, projek ‘Bantuan Pelajar Luar Negara’ yang berada di Makassar dan Afrika yang berjumlah RM8,000.

Manakala, projek yang akan dilaksanakan pula ialah projek ‘Sekilo Daging’ iaitu sebanyak tujuh ekor lembu yang di target untuk tiga negeri.

Antaranya, projek di Selangor memerlukan lima ekor lembu manakala Kedah dan Sabah masing-masing adalah satu ekor.

Bagi yang berhajat untuk memberikan sumbangan, boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Pertubuhan pendokong dan pencinta ulamak @ Geng Ustaz beserta akaun nombor 564799123969.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Task Force Musibah GU, saudara Wan Hairul di talian 019 335 0466 dan Mansor di talian 019 321 4585. – HARAKAHDAILY 13/5/2020

- Advertisement -