Sokongan terhadap Muhyiddin meningkat

Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz (kanan) ketika menjadi tetamu jemputan di program Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung di Kelantan TV hari ini.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Berdasarkan situasi sekarang di mana negara masih bergelumang dengan Covid-19, PAS yakin sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin meningkat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin mendapat kepercayaan rakyat.

- Advertisement -

Katanya, PAS memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi terhadap kepimpinan kerajaan hari ini.

“100 peratus sokongan daripada kita 18 Ahli Parlimen PAS kepada perdana menteri.

“Kita yakin bahawa kerajaan baharu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen lain berdasar tinjauan secara umum yang dilakukan,” katanya selepas menghadiri program Galeri Ramadan yang disiarkan secara langsung di Kelantan TV hari ini.

Perkara yang sama turut disuarakan Ahli parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata semua anggota Parlimen PAS menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baru-baru ini pemimpin Pakatan Harapan (PH) menghantar usul undi percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul itu dikemukakan ahli parlimen Warisan Dato’ Seri Shafei Apdal.

Selain itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Muhamad Arif Md Yusof juga memaklumkan menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Usul berkenaan dikemukakan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi pada 4 Mei lalu.- HARAKAHDAILY 12/5/2020

- Advertisement -