Kesepaduan PN demi M’sia dan masa depan

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil maklum bahawa terdapat usaha yang sedang giat dijalankan oleh pakatan pembangkang untuk memastikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin bin Yasin dijatuhkan.

Kemuncak kepada perancangan ini adalah apabila lulusnya Usul Undi Tidak Percaya ke atas Perdana Menteri untuk Sidang Parlimen 18 Mei 2020 yang akan datang.

Walaupun berbeza pandangan, DPPM menerima tindakan PH ini dengan semangat Perlembagaan dan Ketetapan Sidang Parlimen yang diketuai oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Justeru, bagi mendepani situasi yang rumit ini, DPPM berpandangan:

[1] Muafakat Nasional akan terus mendukung Kepimpinan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sehingga PRU ke-15.
[2] Muafakat Nasional perlu memperkukuh Kerajaan Perikatan Nasional yang sedia ada sebagai Kerajaan yang memenuhi harapan dan aspirasi rakyat.
[3] Muafakat Nasional perlu meneliti kembali hala tuju dan ‘blueprint’nya dengan keadaan situasi politik terkini.
[4] Muafakat Nasional, GPS dan BERSATU perlu duduk semeja melalui Jawatankuasa Penaja Perikatan Nasional untuk membincangkan secara tuntas terma-terma dan perincian di dalam Perlembagaan atau Piagam Perikatan Nasional sebelum ianya diinstitusikan.

DPPM juga ingin mengingatkan parti-parti komponen Perikatan Nasional bahawa betapa tingginya harapan rakyat kepada Kerajaan sekarang setelah apa yang mereka lalui sepanjang 22 bulan pemerintahan PH. Rakyat sudah muak dan bosan dengan politiking melampau serta menagih kerja keras Kerajaan Perikatan Nasional dalam mengatasi permasalahan yang mereka hadapi khususnya bahaya pandemik COVID-19 dan kesannya ke atas pembangunan negara.

DPPM yakin bahawa setelah khidmat yang cemerlang yang diberikan sepanjang tempoh menghadapi wabak COVID-19 sehingga kini, Kerajaan Perikatan Nasional adalah Kerajaan yang kompeten dan mampu memenuhi hasrat rakyat untuk membawa Malaysia ke arah yang cemerlang.

“Demi Islam”
“Malaysia Sejahtera”
“Islam Memimpin Perpaduan”

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 12/5/2020

- Advertisement -