Hanya 16 kes baharu Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kes baharu positif Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini, merupakan jumlah terendah yang pernah dilaporkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 6,742, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah sebanyak 1,410 kes.

- Advertisement -

Menurutnya daripada 16 kes baharu yang dicatatkan, 9 adalah daripadanya bukan warganegara Malaysia dan daripada jumlah itu juga, 3 adalah daripada kes import, bermakna 13 lagi adalah membabitkan penularan tempatan.

Katanya, bagi yang telah pulih adalah seramai 110, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 adalah seramai 5,223 atau 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sebanyak 16 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.

“Hari ini tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal sebanyak 109 kes, iaitu 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.- HARAKAHDAILY 12/5/2020

- Advertisement -