PAS Lumut serah PPE untuk ‘frontliners’ kesihatan

- Advertisement -

LUMUT: PAS Kawasan Lumut terus memberikan penghargaan serta sokongan moral kepada frontliners yang berjuang memerangi pandemik COVID-19 khususnya petugas kesihatan di Hospital Seri Manjung, di sini.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abd Rahman merangkap Ahli Majlis Perbandaran Manjung telah menyerahkan tudung peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk kegunaan para petugas barisan hadapan tersebut.

Penyerahan ini merupakan sumbangan kali kedua yang berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Pegawai Perubatan dari Unit Kualiti dan Bahagian Kecemasan Hospital Seri Manjung, semalam.

Ianya hasil inisiatif digerakkan Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin melibatkan ahli Muslimat PAS Lumut dan para sukarelawati di sekitar Manjung untuk membantu menjahit dan menyiapkan tudung PPE tersebut.

Menurut Rosli, kos material untuk menyiapkan tudung PPE tersebut telah disumbangkan oleh ahli-ahli PAS Lumut dan orang ramai hasil daripada kesedaran dan rasa kebersamaan untuk menyumbang tenaga membantu frontliners serta negara.

“Semoga kerjasama yang baik antara PAS Lumut dan Hospital Seri Manjung dapat memberikan manfaat yang terbaik kepada penduduk dan masyarakat di dalam Daerah Manjung,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/5/2020

- Advertisement -