Optimis masa depan industri koko – Dr Khairudin

- Advertisement -

PASIR GUDANG: Guan Chong Berhad (GCB) merupakan syarikat pengisar koko terbesar di Malaysia bahkan merupakan pengisar keempat terbesar di dunia dengan kapasiti pengisaran sebanyak 250,000 tan metrik setahun.

- Advertisement -

Dengan kemampuan tersebut GCB menjadi pembekal utama kepada syarikat-syarikat coklat dan industri makanan dan minuman (F&B) seperti Nestlé, Mars, Hershey’s dan Cadbury.

Perkara itu, dinyatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali dalam lawatan kerja ke ibu pejabat Guan Chong Berhad yang terletak di Pasir Gudang, Johor hari ini.

Antara matlamat lawatan itu adalah untuk melihat peluang pemasaran dan memantau perjalanan industri koko di Malaysia.

Dr Khairudin (tengah) melihat pengredan koko di GCB

Beliau juga turut melawat kilang pemprosesan koko GCB serta perjalanan pemprosesan koko selain penggredan koko dilaksanakan.

“Dengan lawatan ini, ianya berjaya meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin ke satu tahap yang lebih baik terutama antara kementerian bersama pihak industri bagi merancakkan pembangunan industri koko dan pembuatan coklat khususnya di negeri Johor”, ujarnya.

Guan Chong Berhad yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Brandon Tay Hoe Lian yang telah memberikan penerangan dan maklumat berkenaan hasil koko yang diproses dan dijadikan sebagai bahan utama coklat. – HARAKAHDAILY 11/5/2020

- Advertisement -