Muslimat PAS Sarawak santuni penduduk terjejas

- Advertisement -

KUCHING: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah turun ke lapangan menyantuni rakyat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini semalam.

- Advertisement -

Kunjungan di bawah program Semarak Kasih Ramadan ini telah dijayakan bersama dengan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Kawasan Petra Jaya menemui warga setempat.

Kit keperluan harian telah diagihkan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Sarawak, Habsah Bujang kepada keluarga di Kampung Gita, Astana dan keluarga Iban di Semerah Padi.

Habsah yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Sarawak berkata, Lujnah Kebajikan Muslimat PAS Pusat turut menyalurkan sumbangan dana bagi program tersebut berupa bantuan barang keperluan makanan, ayam dan pakaian solat kepada keluarga Muslim.

Setakat maklumat terkini, Kuching masih lagi termasuk dalam kategori Zon Merah COVID-19 dengan catatan kes kumulatif 328,  sekali gus semua rakyat diminta untuk mematuhi arahan di bawah PKP.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang DiPertua PAS Petra Jaya, Morshidi Hassan, Ketua Briged Muslimat PAS, Siti Idarina To dan juga wakil jawatankuasa Muslimat PAS Petra Jaya. – HARAKAHDAILY 11/5/2020

- Advertisement -