COVID-19: Muslimat Bukit Gantang sumbang PPE

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Walaupun bilangan pesakit yang dijangkiti COVID-19 menunjukkan penurunan, Muslimat PAS Kawasan Bukit Gantang tetap meneruskan usaha menyediakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan.

- Advertisement -

Seramai 19 petugas Muslimat telah memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) waktu ini dengan berganding bahu menyediakan pelbagai keperluan PPE seperti tudung, gaun dan sarung kaki.

Ketua Muslimat PAS Bukit Gantsng, Noraini Ahmad berkata, setakat hari ini, sebanyak 1,110 unit tudung kepala, 231 gaun dan 300 sarung kaki berjaya disiapkan dan telah diserahkan kepada Bahagian Kecemasan Hospital Taiping.

“Kami turut menyumbang 100 pelindung muka (face sheild) dan 50 pek goodies kepada pejuang-pejuang barisan hadapan negara dalam menangani COVID-19,” maklumnya.

Terdahulu, Team Bantuan COVID-19 PAS Bukit Gantang berjaya mengumpulkan wang RM4,985 hasil sumbangan ahli-ahli PAS bagi membeli kain non-woven yang digunakan untuk menyediakan PPE tersebut.

“Menyahut seruan Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah pada 13 April lalu agar NGO-NGO menghulurkan sumbangan PPE berikutan penggunaannya meningkat 10 kali ganda, maka kami berusaha untuk menyediakan keperluan PPE khususnya kepada Hospital Taiping.

“Dengan dana yang ada, insya-Allah kami akan teruskan usaha ini walaupun menjalani ibadah puasa Ramadan waktu ini. Tahniah di atas kegigihan sukarelawan tukang jahit Muslimat yang gigih menyiapkan jahitan PPE di rumah masing-masing,” pujinya. – HARAKAHDAILY 11/5/2020

- Advertisement -