Ujian tilawah al-Quran remaja negeri Perak

- Advertisement -

KERAJAAN Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Belia dan Sukan serta Jabatan Penerangan Negeri Perak akan menganjurkan Ujian Tilawah Al-Quran Remaja Peringkat Negeri Perak bermula dari 12 Mei 2020 hingga 18 Mei 2020 bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran, tahun ini.

- Advertisement -

Bertemakan ‘Moh Kome Kite Ngaji’, ujian ini terbuka kepada anak kelahiran Perak berumur 15 hingga 21 tahun dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,700.00 menanti pemenang. Terdapat dua kategori ujian ini iaitu Kategori Lelaki dan Wanita.

Konsep ujian ini selaras dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana ianya diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Peserta perlu merakam bacaan ayat Al-Quran dalam bentuk video berdurasi kurang 5 minit dan menghantar rakaman tersebut ke pautan yang disediakan. Video yang dihantar mestilah tulen dan tidak disunting serta dirakam selepas 12 Mei 2020 dengan Tarannum wajib Bayyati dan sikah. Pihak urusetia akan menghubungi peserta yang berjaya dan mendapatkan sendiri pengesahan bacaan dari mereka.

Penganjuran kali pertama di Peringkat Negeri Perak ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat muda dalam pembacaan Al-Quran disamping memupuk semangat cintakan Al-Quran dan mendatangkan minat mempelajari seni bacaan Al-Quran di kalangan remaja Negeri Perak.

Pihak kerajaan mengharapkan lebih banyak penyertaan di kalangan anak muda sempena bulan Ramadan yang mulia ini yang dikenali juga dengan bulan Al-Quran.

YB MOHD AKMAL HJ KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak
10 Mei 2020 – HARAKAHDAILY 10/5/2020

Syarat-syarat penyertaan:
1.    Terbuka kepada anak kelahiran negeri Perak.
2.    Peserta hendaklah berumur dari 15 – 21 tahun. 
3.    Durasi video bacaan yang dirakam hendaklah tidak melebihi 5 minit, dirakam dalam keadaan landskap dan saiz video kurang 100Mb.
4.    Tarannum wajib – Bayyati dan Sikah.
5.    Video hendaklah dirakam pada atau selepas 12 Mei 2020.
6.    Di akhir rakaman peserta dikehendaki menyebut _“Stay at home, Perak Sejahtera”_.
7.    Rakaman video perlu dibuat di kediaman masing-masing/penempatan semasa selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
8.    Setiap rakaman video mestilah karya asli dan tidak boleh disunting.
9.    Setiap video yang dihasilkan perlu dihantar  melalui pautan https://forms.gle/P4gF5RAVZMkxvVh67
10.  Peserta perlu melengkapkan butiran Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Umur, Alamat dan No Telefon di dalam pautan tersebut.
11.  Setiap pemenang akan dihubungi untuk pengesahan bacaan.
12.  Tarikh tutup penyertaan: 18 Mei 2020 (Isnin).
13.  Keputusan hakim adalah muktamad.

- Advertisement -