Takziah keluarga TG Ismail Kamus – ILMAM Malaysia

- Advertisement -

ILMAM Malaysia rakam takziah buat keluarga Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus dan mencadangkan agar Almarhum dikurniakan anugerah oleh Kerajaan Malaysia

- Advertisement -

Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam di kediaman beliau.

Saya mewakil ILMAM Malaysia merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga serta seluruh umat Islam atas pemergian Permata Berharga Buat Ummah yang dipilih oleh Allah SWT kembali kepada-Nya pada hari dan bulan mulia ini.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat negara dan beliau wajar diberikan satu lagi anugerah mengiringi pemergian beliau. Ia sesuai dengan sumbangan seumur hidup beliau untuk kemajuan dan kefahaman umat Islam di Malaysia.

Semoga beliau ditempatkan bersama para Auliya’, Syuhada’ dan Solihin.

SYED ABDUL KADIR ALJOOFRE
Presiden Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

Jumaat I 8 Mei 2020M / 15 Ramadan 1441H – HARAKAHDAILY 8/5/2020

- Advertisement -