Sebak rai veteran tentera – Bakri Jamaludin

- Advertisement -

TANGGA BATU: “Saya rasa betul-betul tersentuh dan sebak apabila ada di antara mereka yang hilang anggota badan, terpaksa memakai kaki palsu, memang pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya,” demikian luahan Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri jemputan ke satu program yang dianjurkan oleh ADUN Sungai Udang, Dato’ Seri Ir Idris Haron bertujuan untuk meraikan veteran-veteran tentera yang tinggal di sekitar DUN Sungai Udang.

Seramai 12 orang veteran Komando menerima sumbangan kit makanan di dalam program tersebut yang diadakan di Japerun Sungai Udang di sini semalam.

- Advertisement -

Bakri yang juga Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Tangga Batu berkata, jasa dan pengorbanan angkatan tentera memang tidak ternilai dalam menjalankan tugas mereka mempertahankan negara.

Beliau turut mengimbau kenangan beliau dibesarkan di Kem Tentera Lok Kawi Sabah dan di Kem Batu 14 Oya, RASCOM Rejang Sarawak sedikit sebanyak menjadikan beliau faham tentang kehidupan seseorang anggota tentera.

Program ini turut dihadiri oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa Persatuan Veteran Komando antaranya, Mejar ( B ) Abharim Kasim Lt Kol (B) Amirnordin Dasuki dan PW 2 (B) Ganeson al Parathesi.

Bakri juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Idris Haron kerana memberi beliau peluang untuk bersama-sama dalam program tersebut yang membuktikan kesepakatan dalam Muafakat Nasional kini semakin mantap.

Beliau bersama-sama dengan Adun Sungai Udang itu kemudiannya melawat dan meyantuni penduduk sekitar Kampung Sungai Udang dan Paya Rumput Jaya dalam satu program lain.- HARAKAHDAILY 7/5/2020

- Advertisement -