Belasungkawa Cikgu Hasenan Harun

- Advertisement -

انا لله وانا اليه راجعون

- Advertisement -

MENDAPAT berita Cikgu Hasenan Harun, YDP PAS Maran merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HOSAS) sebentar tadi.

PAS Bintulu ingin merakamkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum. Pada PRN Sarawak yang ke-11(2016), beliau telah mengetuai jentera Pilihanraya PAS Pahang bagi membantu gerak kerja PAS Bintulu yang bertanding di DUN Jepak.

Hatinya dekat kepada Sarawak kerana isteri beliau merupakan anak jati Sarawak yang berasal daripada Sarikei. Semoga segala amalan baiknya diterima oleh Allah dan ditempatkan beliau dikalangan para solehin.

ZHARUDIN NARUDIN
Yang DiPertua
PAS Kawasan Bintulu – HARAKAHDAILY 7/5/2020

- Advertisement -