UMMAH, AMAL santuni ‘frontliners’ di Pulau Pinang

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Pulau Pinang telah memberikan sumbangan Ramadan, semalam.

- Advertisement -

Inisiatif itu sebagai solidariti dan menyantuni anggota barisan hadapan negara (frontliners) yang bertugas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tol PLUS Bertam, di sini.

Sumbangan berupa juadah berbuka puasa ini turut sama diedarkan di lapan lokasi lagi di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah termasuk di Tol Sungai Nyior, Seberang Jaya.

Antara menyertai inisitif ini adalah Ahli Jawatankuasa UMMAH Pulau Pinang, Mokhtar Ramly yang memaklumkan usaha itu telah menjadi rutin pihaknya setiap Isnin dan Khamis sepanjang PKP.

Turut bersama adalah Pengarah AMAL Pulau Pinang, Baharin Ahmad yang mengetuai usaha itu bersama anggotanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2020

- Advertisement -