PKP: Kesulitan rakyat turut sama dirasai

- Advertisement -

PAGI semalam menitik air mata kita bila tengok rakyat mula buka kedai semula dan kembali bekerja. Dari kelmarin lagi ramai yang whatsapp nak confirm betul ke boleh buka kedai terutama kedai atau premis yang berkait langsung dengan sektor pertanian.

Kita sangat memahami kesukaran dan derita yang ditanggung rakyat sepanjang tempoh PKP. Ia ibarat pelbagai saiz kapal, bot dan perahu yang berada dalam sebuah lautan yang bergelora. Kesan gelombang tentu sekali berbeza bergantung kepada kita berada atas kapal atau bot yang mana satu. Ada orang yang memandang remeh rintihan penumpang yang berada atas sampan dan bot kecil kerana dirinya menaiki kapal besar yang stabil dan teguh.

- Advertisement -

Kita cuba meletakkan diri setaraf dengan penumpang sampan dan bot kecil yang sedang bertarung dengan gelombang besar. Bila laut kembali beransur tenang lalu bot kecil ini boleh kembali meneruskan perjalanan, kesannya amat terasa.

Hakikat yang perlu diakui bahawa walaupun kita berada atas kapal besar, tak sepenuhnya kita mampu bantu semua penumpang sampan dan bot kecil. Bantuan kita hanya sekadar seadanya. Akhirnya kita sangat berharap agar laut kembali tenang dan mereka mampu mendayung sendiri semula.

DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 5/5/2020

- Advertisement -