Din Ayub diperlekeh AMK PKR

- Advertisement -

SEDANG DAP kalut melancarkan serangan pecah perintah terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) rupanya terompah kayu mereka terhegeh-hegeh mahu turut serta. Salahudin Ayub PAN dilaporkan mencadang agar BERSATU kembali menyertai PH.

- Advertisement -

Ini katanya berikutan layanan buruk yang kononnya diberikan oleh Umno Johor terhadap BERSATU di Johor. Apa rasionalnya BERSATU mahu tinggalkan Kerajaan PN yang PM-nya dari BERSATU untuk melutut pada PH yang porak-peranda itu? Kerana konflik di Johor? PN bukan macam PH dan PN tidak akan jadi PH kerana banyak yang kita boleh ambil iktibar dari pengalaman buruk PH.

Hari ini sesama PH memperlekeh cadangan Din Ayub itu. Ikut laporan Setiausaha AMK PKR sifatkan cadangan Din itu tidak bermaruah. SU Pemuda PKR boleh perlekeh Timbalan Presiden PAN, tidakkah lucu dan kalut itu.

Sesungguhnya kita akui PN tidak sunyi dari konflik tetapi insyaAllah permuafakatan parti-parti Melayu ini diikat teguh dengan akidah dan budaya Melayu yang dinobat dan disanjung pimpinannya. Tiada kusut yang tidak dapat diurai tiada putus yang tidak dapat disambung.

Pokoknya bumi dipijak jangan sekali-kali terlepas lagi menjadi milik orang. Tidak seperti PH marahkan pijat terus kelambu dibakar, hilang sokongan terus letak jawatan hingga roboh berkecai mahligai 22 bulan. Selesailah masalah rumah tangga sendiri, takut dah roboh tak mampu bangkit-bangkit lagi.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 4/5/2020

- Advertisement -