Covid-19: Kes baharu turun berbanding semalam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 6,353 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 55 kes tersebut, tujuh merupakan kes import dan 48 daripadanya merupakan kes jangkitan tempatan, dengan 24 daripadanya dikesan di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Katanya, sejumlah 71 kes telah pulih dan discaj, menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh akibat Covid-19 dan discaj daripada hospital adalah sebanyaj 4,484 atau 70.6 peratus.

- Advertisement -

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,764 kes.

Pesakit yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) seramai 28 orang, dengan 13 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 105 atau 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 4/5/2020

- Advertisement -